Assalamualaikum
Hai guyssssss. Miss me ahhh? I michuuu guysss hahaha erghhhhh gedikssss muchhhhhh hahahaha. Maaflahhhh aku mmng suka double double kan huruf nihhh. Dia macam automatik auuu terdouble. Hahahaha nipu angat angat
Em actually diri ini terasa amatlahh bosan sekarang nihh dan secara tak sengaja terbuka blog dan secara tiba tiba kerajinan untuk menaip adalah membuak buak hahahaha tapi tak tahu nak cerita pasal apa lahhhh. Korang ada idea tak apa nak story? Aku tanya macam lahh korang boleh jawabkan? Hahahaha
Haaaaaa nak cerita pasal kisah hidup akulahhhhh. Nak dengar tak? Nak dengar angkat kaki pattt hahaha takyah. Korang nak dengar ke, tanak dengar ke, aku nak jugak cerita hahaha
So far dahh tiga tahun aku belajar dekat sini. Alhamdulillah. Berjaya jugak aku bertahan dekat sini walaupun dah macam macam dugaan yang aku hadapi, aku terima, aku tempuh, aku smackdown *ehhhhhhhhhhhh hahahahaha over pulak dia. Aku berjaya hadapi tu semua walaupun pada mulanya perit sangat nak terima. Oleh disebabkan minat dalam bidang nihhhh, aku teruskan jugak. Betullah cakap orang, kalau dahh minat, susah macam mana, payah macam mana, perit macam mana punnnn kau tetap boleh hadapi. Alhamdulillah aku berjaya hadapi.
And now, tinggal lagi setahun untuk aku graduated. Setahun jee lagi aku kena bekerja keras, kena kuatkan hati, kentalkan jiwa and then Im Freeeeeeeeeee!!!! Yeayyyyyy!!!!!! Tak sabarnya rasa hahahaha tak sabar nak tengok senyuman bangga mak dengan abah tengok aku dapat diploma. Ya Allah makbulkan lahhh doa aku ini. Aaminn.
Haaaaa btw aku nak cerita sikit pasal liku liku perjalanan aku time tahun 3 nihhhhh. Untuk sem nihhh aku just belajar 3 modul jee untuk fashion. Perghhhh walaupun 3 modul jeee tapi cukup menyeksakan. Nak tahu sebab apa? Dua tiga kali jugak ahhh aku tak tidur sebab nak siapkan tugasan tuu. Ya Allah perit dia hanya Allah jelahhh yang tahu. Paling seksa modul Rendering ahhhh ( mesti korang tertanya tanya kan apa lahhh rendering nihh kan? Rendering nihh adalah modul dimana kitaorang kena carik satu gambar model *full body* dan kita orang kena lukis sebijik sejibik macam dalam gambar tu. Dan baju yang dipakai oleh model tu kita orang kena lukis kasi nampak real. Haaaa peritkan? Mmng perit weyyyyy) Kena lukis 30 and above gambar dan kena lukis dalam pelbagai teknik. Dan akhir sekali kena buat mood board. ( mood board tu apa? haaa p search google hahahaa) sebab tulahh aku tak tidur malam. Satu hari tak tidur dan esok dalam class mula menguap sana, menguap sini hahahaha nasib dapat kawal mengantok dengan buat lawak hahaha
Ohhh yaaaa. Sem nihh jugak aku design baju pengantin dan aku mejahitnya jugak hahaha satu pengalaman baru dan juga pengalaman memeritkan hahaha *banyak betul pengalaman peritnya hahaha ada aku kesah? erghhhhh* dan baru aku tahu susah gilossssss youllllssss nak jahit baju pengantin nihhhhh. No wonder ahhh baju pengantin nihh boleh cecah ribu ribuan ringgit erghhhhhhh so pengajarannya di sini, kumpul duit banyak banyak sebelum kahwin kalau nak merasa pakai baju pengantin yang lawoss lawosss time hari perkahwinan kau hahaaha
Modul terakhir ialah production. Alahhh nihh senang jee sbb kena reka baju dan hasilkan 6helai baju. Ibarat macam kau kerja dalam kilang haaa lebih kurang macam tulahhhh. Sbb nihh kena buat dalam grouping. Dan bila kerja grouping opcoz ada masalah. Masalah apa? Yup!!! Orang tak bekerjasama. Dan sbb tulahhh aku benci kerja groupinggggggg!!!! Erghhhhh
Dan sem nihh masih ada lagi subjek akademik. Yup macam biasa, Physics, Biology, Add maths, Profesionalisme Pekerjaan, Fabric Studies, Kenegaraan, Agama, Arab. Itu jelahh kot. Aku pun lupa dahhh hahahaha
And sekarang tinggal lagi berapa minggu untuk fnal exam. Yaaaaaa sikit cemas dia nakkkk hahaha so far untuk sem nihh takda exam amali sbb semua amali 100% dekat kerja kursus. Tu yang buat sikit cuak tu. Uwaaaaaaaaaaaaa
Okaylahhh aku rasa aku patut akhirkan nya disini sbb aku rasa dahh macam karangan dahh aku menaip nihhhh. Karangan macam nihh kalau buat dalam exam boleh dapat A+ agaknyaaa. LOL hahahaaha
Okayyy bye youllsss. Kalau aku rajin aku update lagi. Byoiiiiiiii
P / S : Rindukan si dia peminat setia pembaca blog aku
No comments:
Post a Comment