Assalamualaikum
Okay hai guys. Berasa sangat sangatlah terpanggil nak update blog pasal fashion day tapi disebabkan keadaan yg tak bersesuaian, yg tak mengizinkan dan ada sedikit masalah datang menumpang so kita terpaksa tangguhkan sekejap aktiviti jari jari menari di atas keyboard nihh hahaha (okay suka merepek. tahu tuu tapi nak buat mcm mana kan? Mmng habit hahaha) so harini lahh hari yg dinantikan, yg sesangat free untuk aku hahaha memandangkan wifi pun laju sesangat, so mohh le kita menari nari di keyboard.
Okay, Fashion Day nihh adalah event pertama buat kami semua. Yolahh, kami selama nihh tak pernah buat event, kalau buat pun reramai. Maksudnya semua pelajar fashion PD1, PD2, D1 dan D2. Tapi untuk event kali nihh, kami D1 jee yg terlibat. Nervous tu opcoz lee ada hahaha tapi dah diberikan tanggungjawabkan? So kenalahhh laksanakan.
Okay, kami diberikan tugas sebagai AJK Bahagian Hadiah. So kami dan lagi 5 orng ahli yg lain kena handle hadiah hadiah yg nak kena bagi dekat peserta, juri, dan vip vip yg hadir. Sejujurnya mmng payah sbb kami mmng tak pernah langsung uruskan hadiah hadiah apa semua nihh. Yg kami tahu sebelum nihh adalah dapat hadiah or hamper jaaa hahahaha so bila dahh dapat tugas cam nihhhh, mmng harulahh dunia hahaha terukkan perangai? Haaa! Time nihh lahh mula nak amik tahu camne nak buat hamper, berapa banyak snek nak kena ada dalam satu hamper, camne nak carik hadiah yg sesuai untuk bagi dekat vip, dekat juri, camne nak tentukan hadiah yg nak dibagi dekat pemenang tu semuanya sama rata. Haru kan hidup? Haaaa mmng haru. Patutlahh mak pernah pesan dekat kami
"Berlajarlah untuk mengetahui tentang semua perkara walaupun benda tu tidak ada kena mengena dengan kehidupan kamu buat masa tu tetapi mungkin akan menjadi sesuatu yg sangat penting buat kehidupan kamu pada masa akan datang"
Okay mulai saat tu, kami pun selalulahh amik tahu tentang semua perkara (tapi kadang kadang lupa jugak nak amik tahu hahaha maaf mak) tapikan kami rasa beruntung jugaklahh sbb ahli ahli kami yg lain ramai jugaklahh yg tahu hadiah apa yg sesuai nak kasi dekat vip, and syukur jugaklahh sbb ada ahli kami yg selalu jugaklahh mak dia uruskan hamper so kerja kami yg tadinya sukar terus menjadi senang hahaha Alhamdulillah.
Okay, pada pembukaan event tersebut ada sedikit persembahan silat dari artis jemputan kami hahaha ecewahhhh. Kami jemput khas dari Kursus Seni Kulinari, Amir Arif dan Danial. Then lepas persembahan silat tu tamat, ada perasmian majlis dan sedikit cenderamat untuk tetamu dan vip. Then after that, ada sedikit game show dan mini fashion show. Semua tu diuruskan oleh AJK Permainan. Ohh yaaa, semasa permainan nihh dijalankan, semua vip, tetamu dan juga ibubapa yg hadir diberikan sedikit jamuan makan. So time permainan nihh dijalankan semua vip dan tetamu takda (takda lahh dorang nebes sangat hahaha) ohhh yaaa, kami terlupa satu perkara. AJK Permainan ada juga buat kuiz spontan. Alahhh kuiz sempoi sempoi jaaaa.
Then sebelah petang pulak, game fashion and pose dijalankan. Juri yg kami jemput ialah Miss V, Puan Linda dan Puan Amiza (juri semua yg top top dan mulut berapi jeee hahaha) Fashion and pose nihh apa? Fashion and pose nihh ialah semua peserta akan diberikan tema dann mereka kena pilih baju yg kami dahh sediakan dan pakai mengikut tema yg diberi. Haaaa senangkan? Hahaha tak jugak. Apa kau ingat dorang kena pilih jeee tanpa terangkan kenapa dorang pilih baju tu? Kalau kau pikir mcm tuuu, mmng silap. Bila dorang dahh pilih baju, nanti dorang kena terangkan dkt juri juri yg tip top tu kenapa dorang pilih baju baju tu. Baju tu sesuai dngn tema ke idok? Accessories tu sesuai dngn tema ke idok? Haaaa! Bukan senang tauu hahahaha
Okay bila selesai semua game, kami pun buatlahh sesi penyampaian hadiah pada pemenang dan juga model model yang terlibat. Selesai sesi penyampaian hadiah, maka dngn itu tamatlah event fashion day kami pada hari tersebut.
Haaaaaa inilah masa yg di nanti nantikan. Korang tanya apa? Korang ingat event tu tamat tanpa sesi selfie together ke? Hahaha tak syoklahh weyy takda sesi selfie together. Takda kenangan yg boleh tersimpan ahh kalau mcm tu (okay merepek lagi hahaha) time nihh lahh orang tu sebok selfie dngn orng nihh. Ada orng tu sebok selfie dngn dua jejaka terhangat tu haaaa mcm mcm lagilahhhh. Mmng selfie habis habisan lahh. Ibarat mcm takmo lepaskan peluang keemasan lahh katakan.
Apa apa pun, hari tersebut membuatkan aku sangat happy, even mak tak dapat datang nak support anaknya yg tersayang nihhh but its okay, mak tetap bagi kata kata semangat melalui whatasapp (nampak tak kemajuan dunia mcm mana? hahha) Semua orang happy time tu even tak dapat dinafikan mmng, mmng banyak sangat masalah, pergaduhan, hidup kucar kacir sebelum, semasa, event tersebut dijalankan. Tapi kami semua buat donno jaaaa. Act mcm takda apa apa yg berlaku. Asalkan kami semua happy.
Bagi pendapat kami, itu semua perkara kecil bagi kami yg first time buat event mcm nihhh. Okay akhir kata, goodluck D1F, perjuangan kita hampir tamat. Tinggal setahun jee lagi perjuangan nihhh. Buat yg terbaik okay. Jangan sesekali hancurkan kesungguhan yg selami nihh korang curah untuk dapatkan matlamat korang pada pertama kali korang masuk sini. Chayokkkk!!!